top of page
Search

Throwback#2: Happy Teacher Day



THROWBACK event2019!

Guru Guru Yang Terhebat 1993/1994

Keranamu guru guru, kami berdiri teguh disini.

Keranamu guru guru, kami berdikari membina erti kehidupan.

Keranamu guru guru, kami berjaya dalam segala bidang yang kami ceburi.

Keranamu guru guru, kami gah mencapai kegemilangan.


Semuanya hasil penat lelah dan keringat guru guru guru terhebat MRSM Taiping 1993/1994


Oh Tuhan,

kami cinta dia

kami rindu dia

kami sayang dia


Kerana dia adalah Guru Guru Yang Terhebat

Semua itu kerana dia...




Ins Sya Allah, kami akan meraikan Guru Guru Yang Terhebat 1993/1994 ini di dalam majlis Menyantuni Guru bersempena sambutan jubli perak, ulangtahun ke 25 kami selepas tamat pengajian di MRSM Taiping.


Kawan kawan alumni, jumpa di Cyberview Lodge Resort & Spa 6/7 Gala Dinner dan 7/7 program pemeriksaan kesihatan buat Guru Guru Terhebat kita.


Doakanlah semoga urusan kita dipermudahkan dan semoga segala perancangan yang telah diatur dapat menemukan kita dengan mereka yang terhebat 1993/1994


Jemput datang, semua alumni MRSM Taiping 1993/1994


Selamat Hari Guru.

Wassalam


19 views0 comments

Comentarios


Post: Blog2_Post
bottom of page